Puan Qarissa berasal daripada Kuala Lumpur ,Malaysia . Namun, ketika beliau sedang menuntut di New York , seorang jejaka tampan bak Zack Efron menghampirinya dan segera mengucapkan tanda perkenalan. “Hi! My name is James. What’s your name? Can I know you well?” kata jejaka tampan yang kini sudah bergelar suami kepada Puan Qarissa. “Hi! My name is Qarissa. Where do you come from? I’m from Malaysia . Nice to meet you!” Balas Puan Qarissa. “Wah, handsome nya Mat Salleh ni! Kalaulah dia milik aku, pasti lengkap hidupku ini….” tambah Puan Qarissa di dalam hati.
FAMOUS
Setibanya di rumah Ryan, Qalissa segera menekan loceng yang sudah tersedia. Namun tiada sebarang respon yang berlaku. “My God! I’m late!”. Kira-kira hampir 10 minit Qalissa menunggu Ryan di hadapan rumahnya yang dipenuhi dengan bunga-bungaan. Tanpa membuang masa yang bagaikan emas, Qalissa mengintip ke sebuah taman di dalam rumah Ryan. Cis! Bertambah panas hati Qalissa apabila melihat Ryan dan Eva sedang menjamu minuman bersama. Sepatutnya minuman petang itu layak dihadiri oleh Qalissa bukannya Eva.
Qalissa yang sedang marah bagaikan seorang ibu, memikirkan cara untuk menghentikan masa yang terindah antara mereka berdua. “How dare you, Eva! I’ll stop them.” Marah Qalissa dalam hati. Qalissa yang berpakaian cantik berwarna merah jambu itu, memasang strategi untuk menghentikan mereka. Dengan strategi yang bernas, Qalissa tiba-tiba menjerit meminta tolong. “Help!!!!!!! Help!!!!!!!” Eva dan Ryan berasa cemas sekali apabila mendengar jeritan itu. Minum petang mereka terhenti seketika mendengarkan jeritan meminta tolong tersebut.
Lalu, setelah kelibat Ryan dan Eva keluar daripada taman dengan cemas, Qalissa segera berlari dan menyorok di belakang sebuah kereta berhampiran. Wah, liciknya pemikiran Qalissa tersebut sehingga sanggup menghentikan minum petang yang terindah antara Ryan dan Eva.
PRINCESS
Qalissa pulang dengan hati yang hampa. Dia berasa kecewa apabila melihat musuh ketatnya berdua-duaan bersama jejaka idaman hatinya. Setibanya di rumah, Qalissa segera ke biliknya yang dipenuhi dengan perabot mewah berwarna merah jambu itu. Baginya, segala yang ada dalam kehidupannya harus berwarna merah jambu. Semenjak kecil lagi dia sudah jinak dengan warna tersebut. Beg sekolah yang sering disandangnya juga berwarna merah jambu. Tidak hairanlah jika bekas alat tulis, pensil, pembaris, pemadam, pengasah pensil, bekas makanan, botol air dan segala peralatannya berwarna merah jambu. EVERYTHING MUST PINK! Itulah prinsip hidupnya.
Setibanya di bilik yang digelar ‘sweetest room’, dia meghempaskan badannya yang bersaiz S itu ke sebuah katil yang dilengkapi dengan tilam empuk, dua buah bantal, teady bear yang bersaiz XL, cadar bermotifkan Barbie dan lain-lain lagi. Hatinya luluh bagai dihiris dengan sembilu. Sebelum ini, dia tidak pernah merasakan kesakitan yang teramat sangat seperti itu. Kalaulah Puan Qarissa melihat puterinya yang sedang kecewa itu, pasti hatinya juga akan tersentuh. Selama Puan Qarissa menjaganya, dia tidak pernah melihat puterinya berada dalam keadaan kecewa yang teramat sangat.
SWEET
Malam tersebut semasa Qalissa bersama keluarganya yang lain sedang menjamu makan malam, Puan Qarissa kelihatan gembira untuk mengumumkan sesuatu. Tetapi Qalissa hanya berwajah kecewa dan tidak menunjukkan respon apabila dipanggil. “Announcement!”
best.. ^.^
ReplyDeleteYay, sambungan2~ Layak jadi novelis! THUMBS UP! :D
ReplyDeleteooooo best2
ReplyDelete