Monday, 25 April 2011

Aku Budak HOTTTT 1


   Pada 15 Januari 1998, lahirlah seorang bayi perempuan di New York. Puan Qarissa dan Encik James berasa amat bersyukur dan gembira apabila menerima kunjungan zuriat mereka yang cantik lagi comel. Bayi tersebut berdarah kacukan Belanda. Oleh itu, wajahnya persis seperti orang inggeris.

   Setelah bertahun-tahun menetap dan menuntut di New York, Qalissa Laurant semakin fasih berbahasa Inggeris. Namun, dia juga tidak pernah bongkak dan sombong terhadap para pelajar High School Drama akan kecantikkannya yang persis Miley Cyrus. Rambut ikal mayang miliknya juga sangat cantik dan terurus persis milik Taylor Swift. Impiannya adalah ingin menjadi anak seni yang berkarya dalam bidang nyanyian seperti Jessie J dan Bruno Mars. Di samping itu, dia juga ingin membuka sebuah bakeri yang terkenal di New York.

                                                              GLAMOUR                                                                       


   Kringgggg!!!!!!! Loceng sekolah berbunyi menandakan sesi persekolahan sudah tamat. Qalissa bergegas ke tempat meletak basikal yang telah disediakan oleh pengetua HSD sejak tahun 1999 lagi. Semasa Qalissa sedang mencuba untuk membuka ikatan basikalnya pada tiang, tiba-tiba seorang pelajar muncul dihadapannya dengan gaya gedik seperti Sharpay Evans dalam filem High School Musical. Pelajar tersebut bertanya kepada Qalissa apa yang sedang dilakukan? Lalu, tanpa segan silu, Qalissa berkata “are you blind or you wanna have a fight with me?”. Terkejut beruk pelajar yang bernama Eva Monique tersebut. Dia seakan-akan tidak percaya bahawa Qalissa sanggup berkata sedemikian terhadapnya. Sebelum ini, tiada seorang guru pun yang sanggup memarahinya, apatah lagi seorang pelajar. Ini adalah kerana, dia merupakan seorang pelajar yang terkaya dan paling popular di HSD.  “Qalissa, you’re driving me nuts! You’ll regret of this!” kata Eva Monique dengan gaya seperti Mrs Darbus memarahi anak-anak muridnya.

   “Whatever! I am going to have a tea with Ryan. So, I have to hurry. See you tomorrow!” kata Qalissa itu makin menambahkan api volcano yang melimpah-limpah di hati Eva. Eva sudah lama menyukai Ryan. Dia juga sering menarik perhatian Ryan untuk mendekatinya. Ryan adalah seorang pelajar yang paling kacak di HSD. Ryan juga adalah pengerusi bagi kelab drama di HSD. Oleh itu, ramai pelajar yang ingin sekali berdua-duaan dengannya. Wow! Pasti romantik!

                                                            MARVELLOUS


   “You’re back” kata Puan Qarissa setibanya Qalissa di rumah mereka yang sangat cantik seperti hotel lima bintang. “Mum, I’m going to have a tea with Ryan. Can you help me to choose a marvellous gown?” pinta Qalissa kepada Puan Qarissa. “sure!” tambah Puan Qarissa dengan ringkas.

   Puan Qarissa dan Encik James amat menyanyangi Qalissa kerana dia adalah puteri tunggal mereka. Mereka tidak sanggup berhadapan dengan risiko sekiranya puteri tunggal mereka itu diculik. Kasih sayang yang diberikan oleh Puan Qarissa dan Encik James setinggi Mount Everest, seluas langit, sebesar istana kayangan dan semurni sabun pencuci Top. 

                                                       

3 comments:

  1. Cewaah, dah pindah dalam blog pulak dah?? hahaha, best laa novel ni..

    ReplyDelete
  2. hahaha follower kau takleh banyak lagi ker?

    ReplyDelete