Thursday, 28 April 2011

Aku Budak HOTTTT 3

“Announcement! I’ve decided to go to Malaysia. My friends invited me for a reunion in Malaysia,” kata Puan Qarissa dengan riak wajah yang gembira. Qalissa berasa terkejut sekali apabila mendengar kata-kata ibu kesayangannya itu. Sebelum ini, dia tidak pernah tahu bahawa ibunya dilahir dan dibesarkan di Malaysia. 

                                      BAB 2
  
   “Hurry up, dear. I don’t wanna be late!” tegas Puan Qarissa. Smemangnya, beliau seorang yang amat menitikberatkan masa. Baginya, masa itu adalah segalanya. Puan Qarissa yang juga berkhidmat sebagai seorang guru di New York, amat menitikberatkan disiplin  juga.

                                                          
                                                       FASHIONISTA

   Setelah Encik James menghantar Qalissa dan isterinya, Puan Qarissa di lapangan kapal terbang antarabangsa, beliau terus pergi ke pejabat. Qalissa berasa amat sedih kerana terpaksa meninggalkan tanah airnya. Tambahan pula, dia terpaksa meninggalkan jejaka pujaan hati, Ryan Stevie. Apakah yang Eva rasa apabila Qalissa tiada? Adakah hidupnya akan tenang kerana Ryan bakal menjadi miliknya di HSD? Ataupun gelaran ‘the sweetest couple’ milik Qalissa dan Ryan akan bertukar kepada Eva dan Ryan? Pelbagai soalan bermain-main di fikiran Qalissa. Namun, apakan daya? Dia terpaksa meninggalkan Ryan dan sahabat-sahabat karibnya, Tim, Casey, Felly, Saxy, Xoren dan Montez. Mungkin juga Qalissa akan mendapat sahabat karib yang lebih baik di Malaysia.

   Sementara menunggu untuk masuk ke dalam pesawat Malaysia Airlines, Qalissa menulis surat untuk Ryan dan sahabat-sahabat karibnya.

                                                            DESIGNER

   Selama beberapa jam menunggu di dalam pesawat untuk ke Malaysia, akhirnya hajat Puan Qarissa untuk menghadiri majlis perjumpaan bersama sahabat-sahabat lamanya, termakbul jua. Mereka akhirnya tiba di lapangan kapal terbang antarabangsa atau lebih dikenali sebagai KLIA. Qalissa berasa amat terkejut apabila melihat lapangan kapal terbang Malaysia yang luas, bertaraf lima bintang, penduduk Malaysia yang tidak lekang dari senyuman. “Mum, they’re very kind.” Kata Qalissa kepada Puan Qarissa yang kelihatan anggun bak Rozita Che Wan. “Penduduk Malaysia memang baik hati dan peramah. Mereka tidak pernah terlepas daripada menggayakan fesyen terbaru.” Tambah pula Puan Qarissa. “Mum, what are you talking about? Such strange!”

   Daripada membuang masa, Puan Qarissa menarik Qalissa ke sebuah restoran terkenal di KLIA. Restoran KFC yang mengutamakan kebersihan itu, sering menjadi tarikan pelancong negara luar akan hiasan kapal terbang yang besar sebagai taman permainan  untuk kanak-kanak.

   Walaupun sudah hampir mencecah 10 tahun di New York, namun, Puan Qarissa masih fasih berbahasa Melayu tanpa kesalahan dari segi tatabahasa. Lalu, Puan Qarissa memesan dua jamuan Snack Plate untuknya dan puterinya, Qalissa. Tiga ketul ayam yang disediakan di dalam Snack Plate begitu menyelerakan. Tambahan pula dengan minuman Pepsi yang boleh mengenyitkan mata Qalissa. Brrrrrrrrrrr…..macam Coca-Cola pula.

“Mum, Malaysia is an interesting country.” Kata Qalissa

“Yes, that’s true. I am a Malaysian, so I know which is good  and which is bad in Malaysia.” Balas Puan Qarissa.

“After this, we’ll go to your grandma’s house. So, you have to be polite when speak with her. She’s in ill. That’s is my second aim to Malaysia. Tomorrow, I’ll bring you to Kuala Lumpur City Centre or known as KLCC. So you can buy whatever you want! Then, we’ll go to cinema to watch a horror movie.” Tambah Puan Qarissa lagi.

   Qalissa berasa gembira sekali mendengarkan kata-kata ibunya. “She’s the best mother in the world”, kata Qalissa di dalam hati. Dia juga tidak menyangka bahawa dia juga boleh berbelanja sakan di Malaysia. Wah, tidak sabarnya untuk ke KLCC!

   Sesudah makan di KFC, mereka menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu teksi, untuk ke kawasan perumahan di Beverly Heights. Seperti yang telah dijanjikan, mereka akan melawat Puan Serra, ibu kepada Puan Qarissa dan juga nenek kepada Qalissa. Setelah itu, barulah mereka akan ke KLCC…

                                                      SHOPPING

Aku Budak HOTTTT 3

Wednesday, 27 April 2011

Aku Budak HOTTTT 2

 Puan Qarissa berasal daripada Kuala Lumpur,Malaysia. Namun, ketika beliau sedang menuntut di New York, seorang jejaka tampan bak Zack Efron menghampirinya dan segera mengucapkan tanda perkenalan. “Hi! My name is James. What’s your name? Can I know you well?” kata jejaka tampan yang kini sudah bergelar suami kepada Puan Qarissa. “Hi! My name is Qarissa. Where do you come from? I’m from Malaysia. Nice to meet you!” Balas Puan Qarissa. “Wah, handsome nya Mat Salleh ni! Kalaulah  dia milik aku, pasti lengkap hidupku ini….” tambah Puan Qarissa di dalam hati.

                                                           FAMOUS

   Setibanya di rumah Ryan, Qalissa segera menekan loceng yang sudah tersedia. Namun tiada sebarang respon yang berlaku. “My God! I’m late!”. Kira-kira hampir 10 minit Qalissa menunggu Ryan di hadapan rumahnya yang dipenuhi dengan bunga-bungaan. Tanpa membuang masa yang bagaikan emas, Qalissa mengintip ke sebuah taman di dalam rumah Ryan. Cis! Bertambah panas hati Qalissa apabila melihat Ryan dan Eva sedang menjamu minuman bersama. Sepatutnya minuman petang itu layak dihadiri oleh Qalissa bukannya Eva.

   Qalissa yang sedang marah bagaikan seorang ibu, memikirkan cara untuk menghentikan masa yang terindah antara mereka berdua. “How dare you, Eva! I’ll stop them.” Marah Qalissa dalam hati. Qalissa yang berpakaian cantik berwarna merah jambu itu, memasang strategi untuk menghentikan mereka. Dengan strategi yang bernas, Qalissa tiba-tiba menjerit meminta tolong. “Help!!!!!!! Help!!!!!!!” Eva dan Ryan berasa cemas sekali apabila mendengar jeritan itu. Minum petang mereka terhenti seketika mendengarkan jeritan meminta tolong tersebut.

   Lalu, setelah kelibat Ryan dan Eva keluar daripada taman dengan cemas, Qalissa segera berlari dan menyorok di belakang sebuah kereta berhampiran. Wah, liciknya pemikiran Qalissa tersebut sehingga sanggup menghentikan minum petang yang terindah antara Ryan dan Eva.
                                                        
                                                             PRINCESS

   Qalissa pulang dengan hati yang hampa. Dia berasa kecewa apabila melihat musuh ketatnya berdua-duaan bersama jejaka idaman hatinya. Setibanya di rumah, Qalissa segera ke biliknya yang dipenuhi dengan perabot mewah berwarna merah jambu itu. Baginya, segala yang ada dalam kehidupannya harus berwarna merah jambu. Semenjak kecil lagi dia sudah jinak dengan warna tersebut. Beg sekolah yang sering disandangnya juga berwarna merah jambu. Tidak hairanlah jika bekas alat tulis, pensil, pembaris, pemadam, pengasah pensil, bekas makanan, botol air dan segala peralatannya berwarna merah jambu. EVERYTHING MUST PINK! Itulah prinsip hidupnya.

   Setibanya di bilik yang digelar ‘sweetest room’, dia meghempaskan badannya yang bersaiz S itu ke sebuah katil yang dilengkapi dengan tilam empuk, dua buah bantal, teady bear yang bersaiz XL, cadar bermotifkan Barbie dan lain-lain lagi. Hatinya luluh bagai dihiris dengan sembilu. Sebelum ini, dia tidak pernah merasakan kesakitan yang teramat sangat seperti itu. Kalaulah Puan Qarissa melihat puterinya yang sedang kecewa itu, pasti hatinya juga akan tersentuh. Selama Puan Qarissa menjaganya, dia tidak pernah melihat puterinya berada dalam keadaan kecewa yang teramat sangat.
 
                                                          
                                                            SWEET

   Malam tersebut semasa Qalissa bersama keluarganya yang lain sedang menjamu makan malam, Puan Qarissa kelihatan gembira untuk mengumumkan sesuatu. Tetapi Qalissa hanya berwajah kecewa dan  tidak menunjukkan respon apabila dipanggil. “Announcement!”

Monday, 25 April 2011

Aku Budak HOTTTT 1


   Pada 15 Januari 1998, lahirlah seorang bayi perempuan di New York. Puan Qarissa dan Encik James berasa amat bersyukur dan gembira apabila menerima kunjungan zuriat mereka yang cantik lagi comel. Bayi tersebut berdarah kacukan Belanda. Oleh itu, wajahnya persis seperti orang inggeris.

   Setelah bertahun-tahun menetap dan menuntut di New York, Qalissa Laurant semakin fasih berbahasa Inggeris. Namun, dia juga tidak pernah bongkak dan sombong terhadap para pelajar High School Drama akan kecantikkannya yang persis Miley Cyrus. Rambut ikal mayang miliknya juga sangat cantik dan terurus persis milik Taylor Swift. Impiannya adalah ingin menjadi anak seni yang berkarya dalam bidang nyanyian seperti Jessie J dan Bruno Mars. Di samping itu, dia juga ingin membuka sebuah bakeri yang terkenal di New York.

                                                              GLAMOUR                                                                       


   Kringgggg!!!!!!! Loceng sekolah berbunyi menandakan sesi persekolahan sudah tamat. Qalissa bergegas ke tempat meletak basikal yang telah disediakan oleh pengetua HSD sejak tahun 1999 lagi. Semasa Qalissa sedang mencuba untuk membuka ikatan basikalnya pada tiang, tiba-tiba seorang pelajar muncul dihadapannya dengan gaya gedik seperti Sharpay Evans dalam filem High School Musical. Pelajar tersebut bertanya kepada Qalissa apa yang sedang dilakukan? Lalu, tanpa segan silu, Qalissa berkata “are you blind or you wanna have a fight with me?”. Terkejut beruk pelajar yang bernama Eva Monique tersebut. Dia seakan-akan tidak percaya bahawa Qalissa sanggup berkata sedemikian terhadapnya. Sebelum ini, tiada seorang guru pun yang sanggup memarahinya, apatah lagi seorang pelajar. Ini adalah kerana, dia merupakan seorang pelajar yang terkaya dan paling popular di HSD.  “Qalissa, you’re driving me nuts! You’ll regret of this!” kata Eva Monique dengan gaya seperti Mrs Darbus memarahi anak-anak muridnya.

   “Whatever! I am going to have a tea with Ryan. So, I have to hurry. See you tomorrow!” kata Qalissa itu makin menambahkan api volcano yang melimpah-limpah di hati Eva. Eva sudah lama menyukai Ryan. Dia juga sering menarik perhatian Ryan untuk mendekatinya. Ryan adalah seorang pelajar yang paling kacak di HSD. Ryan juga adalah pengerusi bagi kelab drama di HSD. Oleh itu, ramai pelajar yang ingin sekali berdua-duaan dengannya. Wow! Pasti romantik!

                                                            MARVELLOUS


   “You’re back” kata Puan Qarissa setibanya Qalissa di rumah mereka yang sangat cantik seperti hotel lima bintang. “Mum, I’m going to have a tea with Ryan. Can you help me to choose a marvellous gown?” pinta Qalissa kepada Puan Qarissa. “sure!” tambah Puan Qarissa dengan ringkas.

   Puan Qarissa dan Encik James amat menyanyangi Qalissa kerana dia adalah puteri tunggal mereka. Mereka tidak sanggup berhadapan dengan risiko sekiranya puteri tunggal mereka itu diculik. Kasih sayang yang diberikan oleh Puan Qarissa dan Encik James setinggi Mount Everest, seluas langit, sebesar istana kayangan dan semurni sabun pencuci Top. 

                                                       

Saturday, 9 April 2011

if I am a prime minister....

  1. setiap murid harus dibekalkan iPad....(tidak perlu buku teks & buku latihan)
  2. didenda RM 1 000000 jika memotong pokok sesuka hati
  3. didenda RM 5 000 jika membuang sampah merata-rata walaupun sehelai kertas
  4. pengangkutan awam harus diasingkan kepada lelaki & perempuan demi mengelakkan gejala sosial
  5. mengadakan gotong-royong bersama setiap bulan untuk mengelakkan penyakit demam denggi
  6. harga barang akan berkurangan kepada pengguna yang tidak berkemampuan
  7. membina sebuah istana hanya untuk warga emas dan penduduk yang tidak berkemampuan
  8. setiap murid sekolah harus aktif dalam sukan demi mencergaskan badan & mencerdaskan otak
  9. setiap warga Malaysia harus taat pada Rukun Negara

Friday, 8 April 2011

i don't know what 2 do?

x taw nak wat ape? on fb ada plak org yg wat geram!!!!!! open blog ckit je followers......fras nyer!!!!!